welcome 2019
Thursday, January 17, 2019
Friday, July 26, 2013
14 weeks baby
alhamdullilah ya allah... syukur kepadaMU. hari ni genap kandungan aku 14 minggu. alah masih lagi, sakit kepala dan sakit perut tu memang rasa sampai sekarang. aku memang tak lalu makan sejak aku tahu tahu yang aku ni dah pregnant sampai ke hari ni. tapi yang pelik bin ajaibnya tu mak aku masak laju plak aku makan? hahaha... hari selasa dan rabu haritu aku balik buka puasa kat rumah mak aku. sangat2 membahagiakan dan perut sentiasa kenyang dan disayangi. apa sahaja yang aku nak makan semua mak aku masak dan buat. nak suruh mak mertua? mak mertua tak macam mak sendiri. sangat-sangat lain kot. tapi aku sangat-sangat bersyukur pada ALLAH S.W.T sebab kurniakan aku mak yang sangat baik dan memahami. sepanjang aku pregnant ni mak aku yang tercinta datang KL banyak kali untuk tengok keadaan aku dan masak untuk aku. masa mak aku dapat tahu aku mengandung, mak,along,tok, dan achik datang tengok aku kat KL ni. memang aku rasa sampai kiamat pon aku tak kan jumpa orang yang macam mak aku. SIYES! hanya mak aku,tok,makcik,along,achik dan adik ja yang akan buat apa sahaja untuk aku. walaupon aku dah kahwin tapi susah senang aku memang dengan family aku. sampai aku mati pon aku takkan jumpa orang macam family aku. sebab tu aku sayang sangat-sangat family aku.
ok.untuk kandungan ke 14 minggu ni memang masih tak sihat sepenuhnya lagi tapi.... dah bertambah baik berbanding yang sebelum ni.hehe... syukur sangat. dapat family yang prihatin memang bagus.tak sabar nak balik raya di kedah. macam-macam nak makan masakan mak dan makcik.nyum3...
baju raya
assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2...
tahun ni tahun kedua beraya sebagai isteri orang. tahun lepas punye raya takde lak tangan ni gedik-gedik nak post kat blog kan?hehe.. dah nak masuk tahun kedua baru la gatai nak post memacam kat blog nih. tahun ni baju raya aku ade la dalam 4 pasang. banyak kan? hehe... semua baju raya tu aku tempah sebelum aku tahu yang aku ni mengandung. tapi... nasib aku memang baik,alhamdullilah semua baju tu muat la ngan aku sebab perut ak ni masih kecik lagi walaupon dah nak masuk 4bulan... hehe.. tahun pertama raya sebagai mummy to be. baju inchek suami cuma sepasang je baju melayu die. yang lain cam biase la tshirt dan seluar jean jek. persediaan raya tahun nih? agak suram sebab bajet masing-masing kurang mencukupi. takpela. beraya ala kadar jek. kan? janji dapat beraya. bersyukur dengan apa yang ada. alhamdulilah. sebab raya kedua baru balik kedah jadi raya kedua baru nak pakai baju cantik-cantik nak pergi beraya. tapi yang pasti pagi raya kedua tu nak pergi kubur wan dan paksu dulu. pastu baru beraya rumah sedara mara kot... kalau tak pon pakai baju raya tapi dok umah. hahahaha.... gilos! to my lovely along... thanks along sebab belikan sepasang baju raya untuk adikmu ni walaupon adikmu ni dah keje dan dah ade suami. thats y i love u...hehe..along siap bagi complete package sebab die bagi sepasang dari tudung sampai la ke baju dan kain.hehe
senarai raya :
1. baju raya sepasang suami isteri - DONE
2.kuih raya - DONE
3. duit raya - DONE
4. duit transport nak balik kampung - DONE
jadi dah boleh raya dah ni...hahaha
hari raya 2013
tahun ni sedih sangat. raya paling sedih kot tahun ni sebagai isteri orang. memang la dah kawin kena gilir-gilir tapi aku ni jenis tamak. kalau boleh setiap kali raya aku mesti nak family aku jek. maybe sebab hati ni terasa kot... sangat2 terasa di lubuk hati ni... kadang-kadang terfikir kat kepala hotak aku yang kurang wayar ni kan best kalau aku hidup ngan family aku jek tanpa suami, jadi tak kan ada family mertua kan? huahahaha.... jadi aku memang agak ralat giler tahun ni tak dapat beraya ngan family aku. adoi... raya paling sedih dan sayu la tahun ni... ingatkan peknen leh balik kampung sendiri.. tapi tak jugak... huhu... raya haji tahun ni kena tebus balik raya kedah dulu... mesti balik kedah! i dont care! asik nak jaga hati orang jek, tapi hati sendiri sape nak jaga kalau tak diri sendiri? pasni aku dah taknak lagi jaga hati orang. letih, penat.. lagipon nak jaga buat ape kalau orang tu asik menyakitkan hati dan menyampha je ak tengok? lebih baik jaga hati masing-masing. tak payah pikir orang lain sebab kalau susah bukan dorang nak tolong pon.setakat tolong tengok je ade function ke? huh!
Saturday, May 18, 2013
Homestay Parit Raja
Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.
En Fazil (012-769 5985)
Kemudahan
* Tiga bilik tidur
- Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala .
- Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala.
- Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala.
- Kabinet TV dan LCD TV.
- Set sofa (2 + 2) dan meja kopi.
* Ruang makan
- Set meja makan untuk 6 orang.
* Dapur
- Peti sejuk.
- Kabinet dapur.
- Jag air elektrik.
- Rak pinggan dan pinggan mangkuk.
- Penghawa dingin.
- Perkhidmatan wifi percuma.
- Tuala, sejadah dan selimut.
- Mesin basuh separa automatik.
- Seterika dan papan penggosok.
- Dua tempat letak kereta berbumbung.
- Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.
Kadar Sewa
Hari Biasa (Daftar masuk: Ahad – Khamis): RM150.00 semalam
Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM180.00 semalam
Waktu Puncak: RM200.00 semalam
Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM180.00 semalam
Waktu Puncak: RM200.00 semalam
**Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.
* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Daftar Masuk/ Keluar:
* Waktu daftar masuk: 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: 12.00 tengahari
* Waktu daftar keluar: 12.00 tengahari
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)En Fazil (012-769 5985)
Monday, April 22, 2013
fraser hill
assalamualaikum dan selamat siang bapak-bapak juga ibu-ibu....
rupa-rupanya 3rd honeymoon bukan ke Krabi tapi ke Fraser Hill.hehe...jadi ikut perancangan ngan inchek suami cadangnye hari rabu ni nak ke sane n bermalam kat ye olde smokehouse fraser hill...sungguh tak sabar!hehe
rupa-rupanya 3rd honeymoon bukan ke Krabi tapi ke Fraser Hill.hehe...jadi ikut perancangan ngan inchek suami cadangnye hari rabu ni nak ke sane n bermalam kat ye olde smokehouse fraser hill...sungguh tak sabar!hehe
Wednesday, April 10, 2013
testing
testing to post via smartphone.sebagai testing pertama yang berjaya ni die aku upload gambat budak tembikai kesayanganku...muahhhh....sayang aisyah humaira ni..
BONUS
alhamdullilah ya ALLAH....terima kasih ALLAH sebab murahkan rezeki kewangan yang banyak untuk bulan ni....syukur YA ALLAH.


BONUS 1TM
Tuesday, April 9, 2013
shopping baju raya
hah!penat sangat petang ni.sekarang baru sampai rumah.sungguh penat.tadi lepas keje pegi masjid jamek a.k.a MJ.hehe...shopping baju raya awak sementara ade orang nak menerima tempahan.kang nanti last minit baru nak tempah alamat beli siap la bajunye...hehe
senarai barang yang dibeli :
1. kain utk jd bridemaids 4 my bffs...
2. kain untuk kurung moden blocking color for 2 pcs.
3.shopping tudung(yang ni tak termasuk n dalam niat awal ke MJ).
senarai barang yang dibeli :
1. kain utk jd bridemaids 4 my bffs...
2. kain untuk kurung moden blocking color for 2 pcs.
3.shopping tudung(yang ni tak termasuk n dalam niat awal ke MJ).
anak
Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan...
isu ANAK...bila dah jadi anak dara orang sibuk tanya bila nak kahwin. bila dah kawin orang sibuk tanya pasal anak pulak. bila dah lama kawin orang sibuk cakap kite ni bermasalah la sebab tak boleh beranak. kenapa dalam isu ANAK ni mesti nak salahkan perempuan? ada jugak lelaki yang MANDUL, MATI PUCUK tapi kalau isu ANAK je semua nak salahkan kaun hawa.
BODOHLAH kalau orang yang kahwin taknak anak. kan salah satu tujuan perkahwinan meramaikan umat NABI MUHAMMAD S.A.W. anak ni kan rezeki,amanah yang ALLAH bagi. ALLAH nak bagi orang jaga amanah DIA pon kena jugak tengok orang. biar orang yang mampu jaga amanah DIA dengan sebaiknya. tak payah nak judge pompuan mandul ke atau si lelaki mandul ke. sometimes, orang yang takde masalah pon kawin bepuloh tahun takde anak. tahu tak sebab ape? rezeki ANAK ni di tangan ALLAH. bukan kat tangan pasangan2 yang dah kahwin.pasangan yang dah kahwin cuma boleh berusaha, berdoa dan tawakal kepada ALLAH semoga ALLAH memberikan zuriat kepada mereka.
sama la jugak cam aku. aku nak ada anak jugak. zuriat ak sendiri. takkan aku taknak?ape dorang sume fikir harini bersama esok boleh mengandung ke?cakap senang la!tak kena kat batang hidung korang senang je cakap.cuba kalau jadi kat korang?ape korang rasa?aku pon berusaha jugak nak ada anak.bukan 100% beserah je tanpa ikhtiar,tanpa usaha dan tanpa berbuat apa-apa! aku bukan dok goyang kaki tunggu anak jatuh dari langit.daripada korang dok mengata aku ngan laki aku baik korang pegi buat benda yang berfaedah.tapi ok jugak sebab orang nak bagi pahala FREE.boleh tampunng pahala aku yang banyak kurang sebab aku ni bukan baik mana pon.
kalau nak ikutkan perasaan yang terbuku ni taip sampai esok pagi pon belom tentu abis.sampai sini jela.maaf kalau kata-kata di atas kurang sopan atau ada yang kurang senang barangkali...harap maaf...
Planning to KRABI
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.
pembukaan blog untuk tahun 2013 ni dengan cerita planning untuk bercuti jek.hehe
sekarang nak pergi honeymoon kali ke-3. yang kali pertama dan kedua dah cite ke belom ye?
okeylah.sekarang nak cite pasal preparation ke KRABI THAILAND.
flight ticket - DONE
hotel - DONE
shopping money - DONE
activities - STILL SEARCHING
Wednesday, November 14, 2012
Peplum Button Blouse - Burgundy- RM 56.00
Peplum Button Blouse - Burgundy- RM 56.00
Assalamualaikum w.b.t.
saya nak let go baju thepoplook ni..
ade sesape berminat tak?
saiz s.
sebab nak jual badan dah semakin naik dan dah tak muat nak pakai...
sedih....
nak let go rm40 include postage
nak let go rm40 include postage
Sunday, September 16, 2012
Benci bilang Benci
ni lah perasaan aku sebenar...dush2 untuk orang yang aku bencik....
kuang ajo toi.....
Wednesday, September 5, 2012
Perancangan Percutian
Assalamualaikum w.b.t.
sekarang rasa mood nak bercuti jek. nak pergi pulai tapi takut sebab dah nak musim hujan dah ni.
nak bercuti kemana?
sementara perut aku masih kempis kempus nih baik aku pergi bercuti...
nanti bile dah berisi susah dah nak pergi bercuti jauh-jauh...kan?
inchek suami ikut aku jek mane aku nak pergi...
TAPI die cakap kena rancang awal-awal sebab nak kumpul duit....
jadi aku tengah buat perancangan nak pergi 3rd honeymoon..hehe
bestkan dapat pergi berjalan-jalan...
sungguh seronot!!! 
pilihan percutian (skema la ayat aku) :-
1) BALI
2) KRABI
3) SABAH
4) PULAU TIOMAN
5) PULAU REDANG
yang mana satu....
pilhan kalbu....
cuti-cuti ku...
yang kutunggu....
simpan duit dulu...
tunggu beribu....
baru nenang nak pilih mana satu.
Tuesday, September 4, 2012
dah berbuka
alhamdullilah syukur.... burp...kenyang...
terima kasih ALLAh untuk rezeki pada hari ni....
berbuka di opis jek dengan kak kema dan fhad...
insyaallah esok sambung pose lagi..hehe

sibuk,sibuk,sibuk...
hari memang sangat-sangat sibuk..
tak sempat nak update blog...
nak 1 entry memakan masa smpai berjam-jam...
call sungguh banyak sampai tak tekejar nak buat walaupon entry.
okey, nak berehat sebab jap g dah nak berbuka...
kepada sesape yang berpuasa Syawal tu jom la bebuka sama jap g di tempat masing-masing..haha
babai, Selamat Menjamu Selera ♥
Shopping with ThePoplook again
Assalamualaikum wahai pembaca blog yang budiman....
bagus tak ayat pendahuluan aku tu? hehe...
cantik tak baju kat bawah ni?
Stephanie Blouse - Mustard - RM 62.00
Peplum Button Blouse - Burgundy- RM 56.00
Keisha Tunic - Beige - RM 56.00
okey. aku bukan jual semua baju tu...TAPI....hehe.. aku beli semua baju tu.
owh puan istri, kau sungguh tamak! boros!
tapi ape nak buat?aku dah berkenan dengan baju tu sume.
dan inchek suami pon bagi... jadi nak tunggu lagi ke?
borong jek...hahaha...
maceh b... i LOVE u...
maceh b... i LOVE u...
Sunday, September 2, 2012
Sunday Holiday
Salam Dan selamat bercuti kawan- kawan..
Takde orang nak jemput aku pergi open house ke?
Aku pon tak pasti lagi nak buat ke tak.
Sibuk sikit la sekarang nih...
Okey.. Hari ni nak masak tomyam...
Bihun tomyam.....hehe
Saturday, September 1, 2012
half moon shawl
ade sesape minat pakai shawl half moon tak?
aku memang la muka bulat tapi aku selesa pakai shawl half moon nih.
aku peduli hape orang nak kate kan? muka aku, tudung aku...hahaha
janji laki aku komen nampak cun sudah... abaikan lalats-lalats yang mengata tu...
kalau korang nak beli shawl half moon korang beli kat adik nih..Ollies Wardrobe sebab aku memang beli kat die je. kain sangat selesa dipakai, senang nak iron dan die guna kain chiffon. senang nak bentuk jugak.
klik kat nama die ye? tudung kat bawah ni aku dah beli malam semalam.... cantik kan?
ye ye... aku paham korang nak cakap model die lagi cantik kan? ok! tak dapat dinafikan memang model die cun..hehe...
ok la..sekian untuk hari ni..
selamat datang september 2012.
key babai....nak g open house dengan inchek suami...
ThePoplook Dress
salam uolss....
nampak tak baju kaler merah polkadot tengah-tengah tu?
haaa... baju tu la yang aku beli dari ThePoplook.
esok aku nak pakai. nanti ak snap pic dan upload kat blog key?
baju ni labuh la bagi aku yang kemetot nih. tapi aku pegi potong dan ngam-ngam je dengan aku.
bajet awek cun siott....hahaha...
ha! kalau nek membeli dari ThePoplook ni korang kena cepat sebab item yang dijual cepat sangat sold out.
jadi, cepat-cepat la grab 1 untuk korang sendiri punya.. hikhikhik
pic credit to ThePoplook....
Subscribe to:
Posts (Atom)











