About Me

My photo
saya suke diri saye~~~

My Layout Site

Saturday, May 18, 2013

Homestay Parit Raja

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.


Kemudahan

* Tiga bilik tidur 
  • Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala . 
  • Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala. 
  • Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala. 
Ruang tamu  
  • Kabinet TV dan LCD TV.
  • Set sofa (2 + 2) dan meja kopi. 
* Ruang makan 
  • Set meja makan untuk 6 orang.
* Dua bilik air
* Dapur 
  • Peti sejuk.
  • Kabinet dapur.  
  • Jag air elektrik.
  • Rak pinggan dan pinggan mangkuk.
* Kemudahan lain 
  • Penghawa dingin. 
  • Perkhidmatan wifi percuma.
  • Tuala, sejadah dan selimut. 
  • Mesin basuh separa automatik. 
  • Seterika dan papan penggosok.
  • Dua tempat letak kereta berbumbung.
  • Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.

Kadar Sewa

Hari Biasa (Daftar masuk: Ahad – Khamis): RM150.00 semalam
Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM180.00 semalam
Waktu PuncakRM200.00 semalam 

**Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.
* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftar Masuk/ Keluar:
* Waktu daftar masuk: 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: 
12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Monday, April 22, 2013

fraser hill

assalamualaikum dan selamat siang bapak-bapak juga ibu-ibu....

rupa-rupanya 3rd honeymoon bukan ke Krabi tapi ke Fraser Hill.hehe...jadi ikut perancangan ngan inchek suami cadangnye hari rabu ni nak ke sane n bermalam kat ye olde smokehouse fraser hill...sungguh tak sabar!hehe

Wednesday, April 10, 2013

testing

testing to post via smartphone.sebagai testing pertama yang berjaya ni die aku upload gambat budak tembikai kesayanganku...muahhhh....sayang aisyah humaira ni..

BONUS

alhamdullilah ya ALLAH....terima kasih ALLAH sebab murahkan rezeki kewangan yang banyak untuk bulan ni....syukur YA ALLAH.


BONUS 1TM

Tuesday, April 9, 2013

shopping baju raya

hah!penat sangat petang ni.sekarang baru sampai rumah.sungguh penat.tadi lepas keje pegi masjid jamek a.k.a MJ.hehe...shopping baju raya awak sementara ade orang nak menerima tempahan.kang nanti last minit baru nak tempah alamat beli siap la bajunye...hehe

senarai barang yang dibeli :
1. kain utk jd bridemaids 4 my bffs...
2. kain untuk kurung moden blocking color for 2 pcs.
3.shopping tudung(yang ni tak termasuk n dalam niat awal ke MJ).







anak

Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan...

isu ANAK...bila dah jadi anak dara orang sibuk tanya bila nak kahwin. bila dah kawin orang sibuk tanya pasal anak pulak. bila dah lama kawin orang sibuk cakap kite ni bermasalah la sebab tak boleh beranak. kenapa dalam isu ANAK ni mesti nak salahkan perempuan? ada jugak lelaki yang MANDUL, MATI PUCUK tapi kalau isu ANAK je semua nak salahkan kaun hawa.

BODOHLAH kalau orang yang kahwin taknak anak. kan salah satu tujuan perkahwinan meramaikan umat NABI MUHAMMAD S.A.W. anak ni kan rezeki,amanah yang ALLAH bagi. ALLAH nak bagi orang jaga amanah DIA pon kena jugak tengok orang. biar orang yang mampu jaga amanah DIA dengan sebaiknya. tak payah nak judge pompuan mandul ke atau si lelaki mandul ke. sometimes, orang yang takde masalah pon kawin bepuloh tahun takde anak. tahu tak sebab ape? rezeki ANAK ni di tangan ALLAH. bukan kat tangan pasangan2 yang dah kahwin.pasangan yang dah kahwin cuma boleh berusaha, berdoa dan tawakal kepada ALLAH semoga ALLAH memberikan zuriat kepada mereka.

sama la jugak cam aku. aku nak ada anak jugak. zuriat ak sendiri. takkan aku taknak?ape dorang sume fikir harini bersama esok boleh mengandung ke?cakap senang la!tak kena kat batang hidung korang senang je cakap.cuba kalau jadi kat korang?ape korang rasa?aku pon berusaha jugak nak ada anak.bukan 100% beserah je tanpa ikhtiar,tanpa usaha dan tanpa berbuat apa-apa! aku bukan dok goyang kaki tunggu anak jatuh dari langit.daripada korang dok mengata aku ngan laki aku baik korang pegi buat benda yang berfaedah.tapi ok jugak sebab orang nak bagi pahala FREE.boleh tampunng pahala aku yang banyak kurang sebab aku ni bukan baik mana pon.

kalau nak ikutkan perasaan yang terbuku ni taip sampai esok pagi pon belom tentu abis.sampai sini jela.maaf kalau kata-kata di atas kurang sopan atau ada yang kurang senang barangkali...harap maaf...



Planning to KRABI

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

pembukaan blog untuk tahun 2013 ni dengan cerita planning untuk bercuti jek.hehe
sekarang nak pergi honeymoon kali ke-3. yang kali pertama dan kedua dah cite ke belom ye?
  Photobucket
okeylah.sekarang nak cite pasal preparation ke KRABI THAILAND.
flight ticket - DONE
hotel - DONE
shopping money - DONE
activities - STILL SEARCHING

milkysmile