About Me

My photo
saya suke diri saye~~~
There was an error in this gadget

My Layout Site

Saturday, April 3, 2010

Patung

Bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi ..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.
Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.
Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan mengfrezekan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.
Si suami tercegat seketika apabila ternampak patung itu lalu bertanya kepada isterinya,aik??!! ..dari mana pulak datangnya patung nih??oooo .. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.Baru je sampai tadi. jawab si isteri selamba.ooooooo ..begitu. balas si suami.
Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan patung tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul dihadapan patung itu lalu berkata, nah .makanlah.. Si patung berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata, aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la ..Tak macam awak dulu!! tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan. segelas air pun awak tak bagi!!!!!!


No comments: