About Me

My photo
saya suke diri saye~~~

My Layout Site

Thursday, January 17, 2019

reborn

its been 6 years.

welcome 2019

Friday, July 26, 2013

14 weeks baby

alhamdullilah ya allah... syukur kepadaMU. hari ni genap kandungan aku 14 minggu. alah masih lagi, sakit kepala dan sakit perut tu memang rasa sampai sekarang. aku memang tak lalu makan sejak aku tahu tahu yang aku ni dah pregnant sampai ke hari ni. tapi yang pelik bin ajaibnya tu mak aku masak laju plak aku makan? hahaha... hari selasa dan rabu haritu aku balik buka puasa kat rumah mak aku. sangat2 membahagiakan dan perut sentiasa kenyang dan disayangi. apa sahaja yang aku nak makan semua mak aku masak dan buat. nak suruh mak mertua? mak mertua tak macam mak sendiri. sangat-sangat lain kot. tapi aku sangat-sangat bersyukur pada ALLAH S.W.T sebab kurniakan aku mak yang sangat baik dan memahami. sepanjang aku pregnant ni mak aku yang tercinta datang KL banyak kali untuk tengok keadaan aku dan masak untuk aku. masa mak aku dapat tahu aku mengandung, mak,along,tok, dan achik datang tengok aku kat KL ni. memang aku rasa sampai kiamat pon aku tak kan jumpa orang yang macam mak aku. SIYES! hanya mak aku,tok,makcik,along,achik dan adik ja yang akan buat apa sahaja untuk aku. walaupon aku dah kahwin tapi susah senang aku memang dengan family aku. sampai aku mati pon aku takkan jumpa orang macam family aku. sebab tu aku sayang sangat-sangat family aku. 


ok.untuk kandungan ke 14 minggu ni memang masih tak sihat sepenuhnya lagi tapi.... dah bertambah baik berbanding yang sebelum ni.hehe... syukur sangat. dapat family yang prihatin memang bagus.tak sabar nak balik raya di kedah. macam-macam nak makan masakan mak dan makcik.nyum3...



baju raya

assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2...

tahun ni tahun kedua beraya sebagai isteri orang. tahun lepas punye raya takde lak tangan ni gedik-gedik nak post kat blog kan?hehe.. dah nak masuk tahun kedua baru la gatai nak post memacam kat blog nih. tahun ni baju raya aku ade la dalam 4 pasang. banyak kan? hehe... semua baju raya tu aku tempah sebelum aku tahu yang aku ni mengandung. tapi... nasib aku memang baik,alhamdullilah semua baju tu muat la ngan aku sebab perut ak ni masih kecik lagi walaupon dah nak masuk 4bulan... hehe.. tahun pertama raya sebagai mummy to be. baju inchek suami cuma sepasang je baju melayu die. yang lain cam biase la tshirt dan seluar jean jek. persediaan raya tahun nih? agak suram sebab bajet masing-masing kurang mencukupi. takpela. beraya ala kadar jek. kan? janji dapat beraya. bersyukur dengan apa yang ada. alhamdulilah. sebab raya kedua baru balik kedah jadi raya kedua baru nak pakai baju cantik-cantik nak pergi beraya. tapi yang pasti pagi raya kedua tu nak pergi kubur wan dan paksu dulu. pastu baru beraya rumah sedara mara kot... kalau tak pon pakai baju raya tapi dok umah. hahahaha.... gilos! to my lovely along... thanks along sebab belikan sepasang baju raya untuk adikmu ni walaupon adikmu ni dah keje dan dah ade suami. thats y i love u...hehe..along siap bagi complete package sebab die bagi sepasang dari tudung sampai la ke baju dan kain.hehe

senarai raya :

1. baju raya sepasang suami isteri - DONE
2.kuih raya - DONE
3. duit raya - DONE
4. duit transport nak balik kampung - DONE

jadi dah boleh raya dah ni...hahaha


hari raya 2013

tahun ni sedih sangat. raya paling sedih kot tahun ni sebagai isteri orang. memang la dah kawin kena gilir-gilir tapi aku ni jenis tamak. kalau boleh setiap kali raya aku mesti nak family aku jek. maybe sebab hati ni terasa kot... sangat2 terasa di lubuk hati ni... kadang-kadang terfikir kat kepala hotak aku yang kurang wayar ni kan best kalau aku hidup ngan family aku jek tanpa suami, jadi tak kan ada family mertua kan? huahahaha.... jadi aku memang agak ralat giler tahun ni tak dapat beraya ngan family aku. adoi... raya paling sedih dan sayu la tahun ni... ingatkan peknen leh balik kampung sendiri.. tapi tak jugak... huhu... raya haji tahun ni kena tebus balik raya kedah dulu... mesti balik kedah! i dont care! asik nak jaga hati orang jek, tapi hati sendiri sape nak jaga kalau tak diri sendiri? pasni aku dah taknak lagi jaga hati orang. letih, penat.. lagipon nak jaga buat ape kalau orang tu asik menyakitkan hati dan menyampha je ak tengok? lebih baik jaga hati masing-masing. tak payah pikir orang lain sebab kalau susah bukan dorang nak tolong pon.setakat tolong tengok je ade function ke? huh!

Saturday, May 18, 2013

Homestay Parit Raja

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.


Kemudahan

* Tiga bilik tidur 
  • Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala . 
  • Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala. 
  • Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala. 
Ruang tamu  
  • Kabinet TV dan LCD TV.
  • Set sofa (2 + 2) dan meja kopi. 
* Ruang makan 
  • Set meja makan untuk 6 orang.
* Dua bilik air
* Dapur 
  • Peti sejuk.
  • Kabinet dapur.  
  • Jag air elektrik.
  • Rak pinggan dan pinggan mangkuk.
* Kemudahan lain 
  • Penghawa dingin. 
  • Perkhidmatan wifi percuma.
  • Tuala, sejadah dan selimut. 
  • Mesin basuh separa automatik. 
  • Seterika dan papan penggosok.
  • Dua tempat letak kereta berbumbung.
  • Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.

Kadar Sewa

Hari Biasa (Daftar masuk: Ahad – Khamis): RM150.00 semalam
Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM180.00 semalam
Waktu PuncakRM200.00 semalam 

**Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.
* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftar Masuk/ Keluar:
* Waktu daftar masuk: 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: 
12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Monday, April 22, 2013

fraser hill

assalamualaikum dan selamat siang bapak-bapak juga ibu-ibu....

rupa-rupanya 3rd honeymoon bukan ke Krabi tapi ke Fraser Hill.hehe...jadi ikut perancangan ngan inchek suami cadangnye hari rabu ni nak ke sane n bermalam kat ye olde smokehouse fraser hill...sungguh tak sabar!hehe

Wednesday, April 10, 2013

testing

testing to post via smartphone.sebagai testing pertama yang berjaya ni die aku upload gambat budak tembikai kesayanganku...muahhhh....sayang aisyah humaira ni..