About Me

My photo
saya suke diri saye~~~

My Layout Site

Wednesday, December 9, 2009

♥ Gempa Bumi ♥

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..
Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilandagempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.
Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya keranawaktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.
Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?
Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Tuesday, December 8, 2009

♥ Cempedak ♥

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'

Monday, December 7, 2009

♥ Karipap 3 Seringgit ♥

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?Tanya gurunya.
RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.
Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

♥ Anak Kembar Punya Hal ♥

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!""Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang."Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

♥ Selamat Pagi Cikgu ♥

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

♥ Kisah tiga anak dara ♥

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank".Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

♥ Kisah Harimau Di Kelantan ♥

Pada masa yang lampau dan dahulu, maka terdapat la di suatu kampung yang aman lagi bersih. Kampung ini terletak di KELANTAN. Pada masa itu, haji Amran Arsyad menjadi seorang ketua kampung yang adil lagi saksama. Mahu dijadikan cerita, kampung ini diserang harimau belang. Harimau ini telah membaham ramai manusia. Tak cukup manusia haiwan ternakan juga ia makan. Ketua kampung menjadi semakin resah dan takut. Dengan satu suara terus memanggil semua orang kampung. Maka datanglah semua penduduk kampung itu. Tok ketua telah memilih 3 orang wira kampung yang sudahpun berkahwin.

Tok ketua : Asan, Taib, Nodin, male(malam) ni mu buat la gapo2(apa2) sebab ore(orang) kapung(kampung) stuju doh mu ore di jadikan hero besok. Esok mu ore bawok la gapo2 dehh..
Asan, Taib, Nodin : bereh bohhh!!!
Pada malam itu, Asan dan Taib telah memesan isteri mereka supaya memasak lauk pauk yang sedap2 dek kerana esok nya dah nak kena tangkap rimau. Pada keesokan hari nya mereka bertiga berkumpul di rumah tok ketua.
Tok ketua: Hoh.. mari dowh awok2 ni blako. hoh mu asan, gapo dio mu bawok tuh?
Asan : golok tok!!!! pada masa yang sama sang belang turut berada di semak berhampiran dan terdengar perbualan mereka itu.
Harimau(dalam hati) : Golok?? ahhh.. stakat golok tu, dop(tidak) takut la aku.
Tok ketua : hoh mu taib, gapo pulok mu bawok tu?
Taib : Kawe bawo bedil(senapang). kalu kawe napok(nampak) dio kawe hente(hentam) dio tok.
Harimau : Bedil?? xdan kau bedil kau aku baham.
Tok ketua: bagus2. hoh mu nodin, mu ni blenggang je mu bawok gapo???
Nodin: kawe x bawak gapo2 tok. kawe bawok batang pelir je tok.
Harimau : Hoh???? Batang Pelir??? apo dio plok(pulak) mnate senjato tuh?? hoh.. ini nok keno tanyo ni.. Lalu harimau pun lintang pukang lalu berada lah dio di perkarangan rumah Nodin. Kebetulan isteri Nodin tengah menyidai baju di ampaian, lalu terus harimau menerkam. terkejut isteri lalu menjerit.....
Isteri Nodin: tulunnnnnnnnnnnnnn!!!!....
Harimau : Ehhh kak, jgn jerit kak... kawe nok(nak) tanyo satu benda je. kak jangan takut. kawe dop make kakok.
Isteri Nodin: Gapo dia dik rimau....??
Harimau : Kak, Gapo dio batang pelir tuh kak??
Isteri Nodin: Huh Biso. kalu mu keno, mu histeria kesakitan, kekejangan. kalu dia doh tembok(tembak) silap hari bulan perut mu busung 9 bulan. antara mati hidup je mu. comform..
Harimau bila dengar jer isteri nodin cakap macam tu terus dia gabra dan lintang pukang la harimau ini mencabutkan dirinya ntah kemana. HABIS....