About Me

My photo
saya suke diri saye~~~
There was an error in this gadget

My Layout Site

Monday, March 22, 2010

Lesen

Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway. Mereka di tahan polis. Ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.


Polis : Puan... Puan tahukah... bahawe Puan memandu melebihi had kelajuan.
Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.
Isteri : Bang....polis tu cakap ape?
Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri. Isterinya mengalami kekurangan pendengaran. Maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.
Suami : Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!
Polis : Puan mintak lesen memandu.
Si isteri sekali lagi memandang suaminya.
Isteri : Dia kata ape bang.
Sekali lagi si suami menjerit.
Suami : DIA MINTAK LESEN KAMU!!!
Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut. Lalu polis itu berkata.
Polis: Ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama tempat sebenar]. Saya dulu-dulu mase muda-muda dekat situ, saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yang pernah saya nampak.
Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.
Isteri : Apebende die kate bang.
Dan si suami menjerit berkata.
Suami : DIA KENAL KAMU!!!!

No comments: